Saturday, January 1, 2022

Impak Kelewatan dalam Menguruskan Pembahagian Harta Pusaka




Masalah pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia tidak asing lagi kerana setiap tahun banyak keratan-keratan di akhbar menunjukkan waris lambat membuat tindakan dan tidak tahu cara untuk menguruskan harta pusaka dengan baik. 

Jadi, jika peninggalan harta pusaka si mati tidak dapat diuruskan dengan cepat, ia akan menyukarkan proses bagi pembahagian harta pusaka apabila melibatkan waris yang ramai. Justeru itu, ia telah mengakitbatkan banyak kesan yang negatif yang berlaku di kalangan waris si mati.



Kesan Negatif Jika Lewat Menguruskan Pembahagian Harta Pusaka 

1. Pemilikan tanpa hak/harta batil

Seperti yang kita tahu, kebanyakan waris si mati tidak mempunyai kesedaran atau ilmu pengetahuan yang terperinci tentang faraid. Oleh disebabkan itu, terdapat beberapa isu yang selalu berlaku di kalangan waris sebagai contohnya melantik waris yang sulung untuk menjadi wasi atau dikenali juga sebagai pentadbir. Pentadbir merupakan waris yang menguruskan duit simpanan si mati di dalam bank tetapi bukan hak sepenuhnya pentadbir tersebut. Ada waris yang dilantik sebagai pentadbir dapat mengurus dengan baik, tetapi ada juga yang salah guna jawatan tersebut yang menyebabkan dia membahagikan harta sesuka hati tanpa perbincangan dengan waris yang lain. Pembahagian harta sebegini boleh menyebabkan pentadbir tersebut memakan harta batil.

2. Hilang dokumen penting

Bagi waris yang lambat menguruskan harta si mati, ini boleh mengakibatkan hilangnya dokumen penting seperti sijil kematian, geran tanah, dokumen wasiat, sijil nikah, dokumen perjanjian jual beli dan lain-lain. Hal ini dapat menyukarkan lagi proses untuk mendapat sebarang tuntutan kepada waris kerana seseorang itu boleh kehilangan hak jika tidak memihak kepadanya. Tambahan pula, ini dapat memberikan impak dalam menentukan waris siapa yang layak dan kadar bahagian masing-masing.

3. Status pemilikan tak jelas

Dari segi undang-undang, jika harta pusaka tidak dibuat secara pembahagian, maka status pemilikan harta tersebut adalah tidak jelas di antara waris-waris dan harta itu jugak masih didaftar atas nama si mati. Ini juga akan mendorong kepada pemilikan harta pusaka tanpa hak di kalangan mana-mana waris dan kemungkinan besar akan dipertikaikan oleh waris yang lain.

4. Tanah terbiar / harta tidak diurus

Sekiranya, si mati meninggalkan harta seperti tanah atau harta tidak alih yang lain dan tidak diuruskan dengan baik oleh waris, maka harta tersebut mungkin akan menjadi terbiar dan terbeku. Hal ini sering terjadi apabila si mati tidak memaklumkan berapa jumlah harta yang tinggal kepada waris dan menyebabkan waris tidak tahu akan kewujudan harta tersebut. Maka tanah tersebut akan berlakunya situasi seperti cukai tanah tidak berbayar, kawasan menjadi semak-samun dan sebagainya. Kesannya, waris akan rugi kerana tidak memanfaatkan harta peninggalan si mati.

5. Putus hubungan persaudaraan & kekeluargaan 

Pergaduhan dan perbalahan di kalangan ahli waris selalu berlaku akibat kegagalan dalam menguruskan harta pusaka si mati yang menyebabkan mereka berebut antara satu sama lain untuk mendapat hak masing-masing. Hal ini dapat mengeruhkan lagi keadaan di antara mereka dan melambatkan proses pembahagian harta disebabkan oleh sikap tamak sesetengah ahli waris. Akibatnya, harta pusaka dapat meruntuhkan sesesuatu hubungan yang terjalin di kalangan adik beradik atau keluarga. Oleh itu, si mati ataupun waris wajib mengambil berat dalam menguruskan harta pusaka semasa hidup agar dapat mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

---------
Anda ingin mendapatkan tips perancangan dan pengurusan harta pusaka dengan mudah dan cepat? Sila tekan link di sebelah 👉 Pengurusan Harta Pusaka.

Dapatkan juga info berkenaan perancangan dan pengurusan harta dengan mengikuti rangkaian media sosial kami.

ANDA BUNTU!!!

KAMI BANTU!!!






Impak Kelewatan dalam Menguruskan Pembahagian Harta Pusaka

Masalah pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia tidak asing lagi kerana setiap tahun banyak keratan-keratan di akh...