Saturday, January 1, 2022

Impak Kelewatan dalam Menguruskan Pembahagian Harta Pusaka




Masalah pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia tidak asing lagi kerana setiap tahun banyak keratan-keratan di akhbar menunjukkan waris lambat membuat tindakan dan tidak tahu cara untuk menguruskan harta pusaka dengan baik. 

Jadi, jika peninggalan harta pusaka si mati tidak dapat diuruskan dengan cepat, ia akan menyukarkan proses bagi pembahagian harta pusaka apabila melibatkan waris yang ramai. Justeru itu, ia telah mengakitbatkan banyak kesan yang negatif yang berlaku di kalangan waris si mati.



Kesan Negatif Jika Lewat Menguruskan Pembahagian Harta Pusaka 

1. Pemilikan tanpa hak/harta batil

Seperti yang kita tahu, kebanyakan waris si mati tidak mempunyai kesedaran atau ilmu pengetahuan yang terperinci tentang faraid. Oleh disebabkan itu, terdapat beberapa isu yang selalu berlaku di kalangan waris sebagai contohnya melantik waris yang sulung untuk menjadi wasi atau dikenali juga sebagai pentadbir. Pentadbir merupakan waris yang menguruskan duit simpanan si mati di dalam bank tetapi bukan hak sepenuhnya pentadbir tersebut. Ada waris yang dilantik sebagai pentadbir dapat mengurus dengan baik, tetapi ada juga yang salah guna jawatan tersebut yang menyebabkan dia membahagikan harta sesuka hati tanpa perbincangan dengan waris yang lain. Pembahagian harta sebegini boleh menyebabkan pentadbir tersebut memakan harta batil.

2. Hilang dokumen penting

Bagi waris yang lambat menguruskan harta si mati, ini boleh mengakibatkan hilangnya dokumen penting seperti sijil kematian, geran tanah, dokumen wasiat, sijil nikah, dokumen perjanjian jual beli dan lain-lain. Hal ini dapat menyukarkan lagi proses untuk mendapat sebarang tuntutan kepada waris kerana seseorang itu boleh kehilangan hak jika tidak memihak kepadanya. Tambahan pula, ini dapat memberikan impak dalam menentukan waris siapa yang layak dan kadar bahagian masing-masing.

3. Status pemilikan tak jelas

Dari segi undang-undang, jika harta pusaka tidak dibuat secara pembahagian, maka status pemilikan harta tersebut adalah tidak jelas di antara waris-waris dan harta itu jugak masih didaftar atas nama si mati. Ini juga akan mendorong kepada pemilikan harta pusaka tanpa hak di kalangan mana-mana waris dan kemungkinan besar akan dipertikaikan oleh waris yang lain.

4. Tanah terbiar / harta tidak diurus

Sekiranya, si mati meninggalkan harta seperti tanah atau harta tidak alih yang lain dan tidak diuruskan dengan baik oleh waris, maka harta tersebut mungkin akan menjadi terbiar dan terbeku. Hal ini sering terjadi apabila si mati tidak memaklumkan berapa jumlah harta yang tinggal kepada waris dan menyebabkan waris tidak tahu akan kewujudan harta tersebut. Maka tanah tersebut akan berlakunya situasi seperti cukai tanah tidak berbayar, kawasan menjadi semak-samun dan sebagainya. Kesannya, waris akan rugi kerana tidak memanfaatkan harta peninggalan si mati.

5. Putus hubungan persaudaraan & kekeluargaan 

Pergaduhan dan perbalahan di kalangan ahli waris selalu berlaku akibat kegagalan dalam menguruskan harta pusaka si mati yang menyebabkan mereka berebut antara satu sama lain untuk mendapat hak masing-masing. Hal ini dapat mengeruhkan lagi keadaan di antara mereka dan melambatkan proses pembahagian harta disebabkan oleh sikap tamak sesetengah ahli waris. Akibatnya, harta pusaka dapat meruntuhkan sesesuatu hubungan yang terjalin di kalangan adik beradik atau keluarga. Oleh itu, si mati ataupun waris wajib mengambil berat dalam menguruskan harta pusaka semasa hidup agar dapat mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

---------
Anda ingin mendapatkan tips perancangan dan pengurusan harta pusaka dengan mudah dan cepat? Sila tekan link di sebelah 👉 Pengurusan Harta Pusaka.

Dapatkan juga info berkenaan perancangan dan pengurusan harta dengan mengikuti rangkaian media sosial kami.

ANDA BUNTU!!!

KAMI BANTU!!!






Monday, December 20, 2021

Larangan Memakan Harta Batil Orang Lain

 


Apa Itu Harta Batil??

Harta batil adalah memakan atau mengambil hak orang lainMemakan harta secara batil termasuklah mendapatkan harta melalui cara haram seperti riba, berjudi, menipu, mencuri, memeras dan merampas tanpa hak. Di samping itu, pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan yang halal juga boleh menjadi sumber yang batil jika tidak amanah dalam pekerjaan.

Berikut adalah contoh situasi untuk memudahkan pemahaman kita berkenaan dengan harta batil.


Kisah 1: Ali mati mempunyai 5 anak. Anak yang sulung adalah lelaki. Rumah pusaka masih atas nama si mati dan rumah disewakan atas persetujuan semua. Setiap tahun buat kenduri adik beradik dengan duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun tiada lagi kenduri adik beradik dan duit pun tidak diagih pada waris. Si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 : Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 : Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya…1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim….memakan harta batil…

Kisah 4 : Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka…hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya…bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya….Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain….

Kisah 5 : Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya…semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim….

Kisah 6: Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan.  Duit insuran atas nama bapa si mati.  Selepas kematian…pihak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya…dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 : Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 : Haji Dolah mempunyai 7 anak….seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula…apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.




---------
Anda ingin mendapatkan tips perancangan dan pengurusan harta pusaka dengan mudah dan cepat? Sila tekan link di sebelah 👉 Pengurusan Harta Pusaka.

Dapatkan juga info berkenaan perancangan dan pengurusan harta dengan mengikuti rangkaian media sosial kami.


ANDA BUNTU!!!

KAMI BANTU!!!




Impak Kelewatan dalam Menguruskan Pembahagian Harta Pusaka

Masalah pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia tidak asing lagi kerana setiap tahun banyak keratan-keratan di akh...